Tadika ABS

Langkah-Langkah Membuka Bisnes Tadika

Bisnes tadika merupakan satu perniagaan yang menjadi pilihan ramai, memandangkan ia adalah
bisnes keperluan.
Langkah-langkah ini boleh dijadikan panduan untuk membuka bisnes tadika:


Langkah 1 : Mindset


Ramai yang ingat bahawa modal duit adalah yang utama, namun sebenarnya mindset memainkan
peranan utama dalam membuka apa-apa bisnes termasuk bisnes tadika. Siapkan diri dari sudut
pengetahuan tentang bisnes tadika, pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak dan
kemahiran pengurusan yang sesuai.


Langkah 2 : Pemilihan Lokasi


Pilih lokasi yang selamat, jauh dari risiko kemalangan dan kecederaan. Udara yang bersih dan
nyaman, jauh dari pencemaran bunyi, mendapat kebenaran bertulis sekiranya premis di kawasan
taman perumahan. Lokasi ini sama ada lokasi sewa, beli atau yang kita kita dirikan sendiri.


Langkah 3 : Kajian Pasaran


Selepas dapat lokasi, pastikan kita membuat kajian pasaran di lokasi tersebut. Kajian ini bagi
memastikan ada permintaan terhadap perkhidmatan tadika tersebut.


Langkah 4 : Isi Borang


Layari laman web kementerian dan muat turun borang penubuhan tadika yang disediakan.


Langkah 5 : Pendaftaran Perniagaan


Pergi ke SSM untuk mendaftarkan perniagaan tuan puan melalui Pegawai Pendaftar. Biasanya bisnes
tadika persendirian didaftarkan di bawah Enterprise.


Langkah 6 : Lesen Perniagaan


Apabila menjalankan perniagaan kita tidak boleh lari dari pihak berkuasa tempatan. Buat
permohonan di pejabat daerah atau perbandaran, jabatan kesihatan dan jabatan bomba di daerah
tuan puan membuka bisnes tadika.


Langkah 7 : Lesen Tadika


Bagi menjalankan bisnes tadika secara sah, pengusaha perlu mendapat lesen tadika dari Jabatan
Pendidikan Swasta. Setiap pengurusan tadika tertakluk kepada garis panduan pengendalian tadika
yang dikeluarkan oleh kementerian pelajaran.
Apabila semua lesen dan surat kelulusan diperolehi barulah perkhidmatan tadika dapat dijalankan
secara sah.


Langkah 8 : Rancangan Perniagaan

Bagi memastikan bisnes tadika ini terus bertahan dan berkembang, sediakan perancangan
perniagaan. Sekiranya tuan dan puan tidak pernah melihat atau membuat rancangan perniagaan,
template boleh didapati di google. Jika masih keliru, boleh dapatkan konsultasi dari pihak kami.

Sebenarnya, tidak sukar untuk membuka bisnes tadika apabila kita tahu langkah-langkah yang betul.
Memulakan bisnes mestilah dengan visi yang betul supaya bisnes ini boleh bertahan dan berkembang dengan baik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *