Group ABS Education

Grup ABS Education atau juga dikenali sebagai Kumpulan Pendidikan ABS merupakan syarikat yang fokus kepada bisnes pendidikan.

ABS Edu Consult merupakan salah satu anak syarikat di bawah ABS Education yang fokus kepada bisnes pendidikan, modul kepimpinan dan bengkel mendorong tingkah laku positif.

Di dalam Kumpulan Pendidikan ABS, jenama Tadika ABS Aktif Bijak Santun diuruskan oleh ABS Edu Solution Sdn Bhd. Syarikat ini fokus kepada pengembangan jenama Aktif Bijak Santun di peringkat pra sekolah, selain modul asas kewangan dan keusahawanan ARAF dan modul sains bercerita Little Ibnu Sina.

Akademi Bakat ABS adalah sekolah rendah dan menengah yang diuruskan oleh ABS Education Sdn Bhd. Sekolah ini menekankan akhlak dan sahsiah pelajar sebelum akademik. Di Akademi Bakat ABS kami percaya setiap pelajar ada A tersendiri.

Antara keunikan yang dibawa oleh Kumpulan Pendidikan ABS adalah menyediakan pelajar dengan persekitaran belajar yang saling mendorong dan memperkenalkan pelajar dengan minda kejayaan dan keusahawanan.

Di Kumpulan Pendidikan ABS kami percaya bahawa pendidikan adalah menyediakan pelajar untuk kehidupan masa hadapan mereka yang lebih baik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *