Kumpulan Pendidikan ABS mahu menyediakan anak-anak dengan kehidupan mereka masa hadapan.
Kami percaya bahawa nilai baik perlu diterapkan ke dalam diri generasi mudah bagi menyediakan mereka mempunyai nilai diri yang lebih mahal.
6 Nilai Preneurship tersebut adalah berdasarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A yang menceritakan ciri-ciri yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W.
1. Pintar Sosial.
Mempengaruhi datang selepas disukai. Antara ciri individu yang disukai adalah bijak bergaul atau pintar sosial. Sifat ini boleh dilatih dari kecil. Antara yang menyebabkan diri seseorang individu itu disukai adalah pandai mendengar, bersangka baik dan bercakap yang baik.
2. Integriti
Atau perkataan lain adalah jujur dan amanah. Ini antara ciri Nabi Muhammad yang menyebabkan baginda disukai kawan dan lawan. Ini adalah sifat yang perlu ada pada setiap individu. Apabila bersendiri tanpa dilihat orang lain, akan terserlah sifat yang sebenar. Individu dengan ciri integriti sentiasa melakukan perkara benar walaupun bersendirian.
3. Kreatif dan Inovatif
Memulakan suatu yang baru. Mewujudkan sesuatu yang belum ada.

